BRIDGE STRUCTURE DESIGN COMPETITION 2022 - KKTM SRI GADING

Sri Gading, 10 November - TAHNIAH kepada para pelajar dan penyelia di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading (KKTM Sri Gading) yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Bridge Structure Design Competition 2022. Pertandingan yang dianjurkan oleh KKTM Sri Gading ini,  diadakan pada 7 hingga 8 November 2022 yang lalu. Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Strength Category , Creativity & Buildability Category dan Overall Category.

Bagi  Strength Category, projek GEOBRIDGE oleh pelajar-pelajar dari DTG3A, telah memenangi tempat pertama.  Kumpulan ini dianggotai oleh Muhammad Helmy bin Mohd Shariff, Fakhrie Nafie bin Md Warith, Noraqlan bin Norhisyammudin, Sayid Mohd Naim bin Sayid Bab dan Nurul Syakirin bin Abdul Wahaf. Kumpulan ini juga telah memenangi tempat pertama bagi kategori keseluruhan (Overall Category).

Bagi Creativity & Buildability Category, tempat pertama dimenangi oleh pelajar-pelajar dari DTV1 yang dianggotai oleh Muhamad Nashrul bin Zulkifli, Muhammad Hasif bin Mohd Salleh, Nuralia Athirah binti Karjo, Balqis Alyea binti Abdul Halim dan Nurayuni Zawani binti Zaidi. Kumpulan ini menamakan projek mereka BRIDGE TO JANNAH.