PENSYARAH IKM ALOR SETAR DILANTIK SEBAGAI COACH / MENTOR KEPADA PENGAJAR TVET

Shah  Alam, 26 Oktober - Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menganjurkan Seminar Pengajar TVET Kebangsaan 2022 bertempat di Shah Alam Convention Centre. Peserta seminar terdiri daripada tenaga pengajar TVET dari institusi awam dan swasta. Sempena dengan program seminar ini, Tc Huzaireen bin Hassan Asri dari IKM Alor Setar telah dilantik sebagai Coach / Mentor bagi Program Perkongsian Kepakaran Pengajar melalui Latihan Coaching dan Mentoring kepada pengajar TVET. 

Sebagai usaha untuk melahirkan tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran negara, CIAST menawarkan kursus latihan mengajar, latihan penyelia, latihan kemahiran lanjutan untuk pengajar kemahiran, Penyelia dan Coach Industry serta pekerja mahir dari sektor awam dan swasta sehingga ke tahap antarabangsa. Latihan yang dijalankan di CIAST dikendalikan oleh pengajar berpengalaman dalam pelbagai bidang kemahiran.

Selain dari itu CIAST mentauliah tenaga pengajar dan pakar industri selaras dengan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

"Mempersada Pengajar TVET Bertaraf Dunia" .