KKTM LEDANG BAWA PINGAT EMAS UNTUK MALAYSIA

Ledang, 18 November 2022 - Pasukan Eminent dari KKTM Ledang yang mewakili Malaysia telah memperolehi Pingat Emas dI International Convention On Quality Control Circle (icqcc), pada 15-18 November, 2022, Jakarta , Indonesia secara dalam talian

pASUKAN Eminent dengan projek Inovasinya iaitu 'IV - Smart' yang sebelum ini mewakili MARA di Ristex telah memperoleh Pingat Emas dan seterusnya mewakili MARA ke peringkat Nasional dI pertandingan ARISE mendapat pengiktirafan 5 bintang seterusnya mewakili Malaysia ke peringkat international dI ICQCC bersama-sama 4 wakil MARA yang lain dan 65 pasukan daripada 40 agensi dari Malaysia

Pasukan Eminent daripada KKTM Ledang terdiri daripada En Sallehuddin Bin Bachok @ Tunderang sebagai ketua kumpulan, En Ahmad Azmeer Bin azman (pegawai latihan vokasional), Pn Nur Amanina Binti Azman (pegawai latihan vokasional) dan En Muhammad Zulhilmi bin shaharuddin (guru usahawan) bersama-sama membangunkan projek ini sejak dari tahun 2021 dengan bimbingan daripada pihak BITK MARA

Projek IV - Smart merupakan alat memantau aras cecair perubatan pesakit semasa rawatan IV drip menggunakan Sistem IOT sebagai penghantar notifikasi penggera kepada telefon pintar serta komputer pengguna

#tvetmara #BuildingTalentGeneratingFuture #JomMasukKKTMMJIIIKM #inovasiTVETMARA