TAHNIAH ALI, NO 15 TERBAIK DUNIA !!

SWITZERLAND, 25 Oktober - Tahniah kepada wira negara, saudara Muhammad Ali Azamuddin Allias dari Institut Kemahiran MARA Sungai Petani yang telah berjuang membawa nama negara di WorldSkills Competition (WSC) 2022, special edition di Switzerland dalam bidang cabinet making. Muhammad Ali telah bersaing bersama 18 peserta-peserta hebat dari negara-negara lain antaranya Korea, China, United Kingdom dan Switzerland. 

Beliau merupakan pelajar Diploma Pengeluaran Perabot Institut Kemahiran MARA Sungai Petani dan merupakan pelajar yang tidak kenal erti putus asa, terus bersemangat walaupun WSI membatalkan WSC Shanghai 2022. Gagah, tegap, cekal, jujur, itulah sikap anak muda dari Baling Kedah ini. Seluruh keluarga Malaysia semestinya  berbangga dengan pencapaian yang telah berjaya beliau kecapi.