KUALA LUMPUR, 20 Oktober - TVET MARA berjaya mendominasi Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB yang diadakan julung kalinya oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi mengiktiraf pencapaian institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Anugerah yang julung kali diadakan ini disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Seri Mahdzir bin Khalid di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Sejumlah 280 Institusi Pendidikan TVET KPLB mengambil bahagian dalam empat kategori anugerah yang dipertandingkan. Kategori tersebut adalah Anugerah Institusi Terbaik, Pengajar Terbaik, Pelajar Terbaik dan Ikon TVET@KPLB. Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai, trofi dan Sijil penghargaan.
Institusi TVET di bawah MARA ungguli penerima anugerah bagi setiap kategori:
ANUGERAH PENGAJAR TERBAIK (Peringkat Sijil)
Anugerah Emas
En. Zairul Anuar bin Zamri - IKM Lumut
ANUGERAH PENGAJAR TERBAIK (Peringkat Diploma)
Anugerah Emas
Dr. Mohd Asnawi bin Omar - KKTM Kuantan
Anugerah Perak
Pn. Norhafizan binti Mohd Hanib - MARA Japan Industrial Institute - MJII
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK (Peringkat Sijil)
Anugerah Emas
Muhammad Azwan bin Mohd Daud - IKM Lumut
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK (Peringkat Diploma)
Anugerah Emas
Muhammad Ihsan bin Abdul Halim - KKTM Sri Gading
Anugerah Perak
Muhammad Alif Danial bin Fazli Nor - MARA Japan Industrial Institute - MJII
ANUGERAH IKON TVET@KPLB (Bidang Kemahiran)
Muhammad Alif bin Hamdi - Alumni IKM Johor Bahru
ANUGERAH IKON TVET@KPLB (Bidang Keusahawanan)
Muhammad Hazwan bin Saari - Alumni IKM Besut
ANUGERAH INSTITUSI TERBAIK (Peringkat Sijil)
Anugerah Emas
Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah
ANUGERAH INSTITUSI TERBAIK (Peringkat Diploma)
Anugerah Emas
MARA Japan Industrial Institute - MJII
Anugerah Perak
KKTM Kuantan