ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN 2022

Negeri Sembilan, 31 Oktober - Pelajar dari KKTM Masjid Tanah, Nazhan Haris bin Norazmi telah terpilih sebagai Pemenang Anugerah Remaja Rakan Muda Negeri Sembilan. Beliau telah dianugerahkan pingat Perak The Duke Of Edinburgh’s International Award In Malaysia peringkat negeri oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
 
Anak jati kelahiran Negeri Sembilan ini merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Automotif, Semester 3 di KKTM Masjid Tanah. Pencapaian yang baik di dalam akademik serta penglibatan aktif beliau di dalam pelbagai aktiviti di kolej melayakkan beliau menerima Anugerah Remaja Rakan Muda Negeri Sembilan.
 
 
Kini, beliau bergiat aktif di dalam Persatuan Belia Dinamik Barat Negeri Sembilan dan mengikuti program-program yang dianjurkan seperti sukarelawan, khidmat masyarakat dan menjadi penganjur perkhemahan belia-belia seluruh negeri.